Thursday, July 03, 2014

CHE XOAI - VIETNAMESE SWEET MANGO SOUP


Lemak dan Bekrim...manisan dari Vietnam ini. Hati-hati membuatnya..kerana mangga sudah manis so kena pandai adjust gula. Manisan ini cukup nyaman sekali lebih-lebih lagi cuaca panas sebegini. 

Untuk resipi yang sama juga boleh digantikan mangga dengan nangka atau honeydew. Saya lebih gemar menggunakan santan kotk untuk resipi ini keran kelihatanya lebih putih.





Che Xoai - Vietnamese Sweet Mango Soup

  • 1-2 biji mangga manis dipotong dadu
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan sago - dimasak dan ditoskan airnya
  • 3 sdb gula
  • secubit garam.


Cara Membuatnya


  1. Masak santan, gula, air dan susu pekat.
  2. Masukkan daun pandan
  3. Masukkn secubit garam
  4. Akhir sekali masukkan sagu yang telah dimasak bersama mangga yang dipotong.
  5. Siap untuk dihidang

Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

1 comment:

Nana said...

terima kasih share resepi ni...
terliur tengok...
sedapnyeee..
esok nak cubalah..

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...