Friday, July 04, 2014

TUNA ROLLS


Tuna Rolls ini merupakan satu alternatif bagi pemint kuih Risole Indonesia. Kalau malas hendak membuat dadar untuk risole..roti putih biasa boleh dijadikan gantianny. Untuk intinya boleh dibuat apa sahaj, ayam, sardinemahupun daging. Sedap dimakan bersama sos cili tetapi saya lebih gemar meletakkan cili padi...ha..ha..lebih pedas lebih bagus



Tuna Rolls
  • 1 buku roti putih
  • 2 biji telur - dipukul
  • serbuk roti 
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh dengn 2 sdb air (buat gum)
  • 1/2 cawan minyak buat menggoreng roti


Inti
  • 1 tin tuna
  • 2 biji bawang besar dicincang halus
  • 7 biji cili pdi dihiris halus
  • 2 sdb mayo
  • 2 biji limau nipis
  • garam secukup rasa
Cara Membutnya

  1. Campurkan semua bahan inti dan letak sebelah
  2. ambil sekeping roti dicanai nipis, isikn inti dan tutup tepi dengan air tepung jagung
  3. Celur dlam telur yang dipukul dan golekkn atas serbuk roti
  4. Goreng sehingga kekuningan.

Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...