Thursday, July 31, 2014

TOMATO CARROT RICE


Masih lagi berpuasa, masih lagi raya..ha..ha saya masak ini atas permintaan anak saya yang sedang berpuasa enam. Baru ni saya menyediakannya untuk meraikan anak-ank yatim Baitul Ikhlas..oleh kerana sibuk melayan anak-anak yatim jadi tidak puas makan. Hari ini buat lagi, buat juadah berbuka.

Saya namakan nasi tomato, carrot kerana saya banyak masukkan hirisan carrot dan tomato. Resipinya biasa aje, resipi nasi tomato.

Tomato Carrot Rice




  • 1 kg beras basmathi
  • 2 biji   carrot dihiris halus memanjang
  • 2 biji tomato dihiris halus
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1/2 cawan tomato Heinz
  • 2 tangkai daun ketumbar dihiris
  • 1/2 cawan susu cair - perahkan 2 biji limau ke dalam dan perapkan
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 sdb minyak sapi
  • garam, gula dan perasa
Bahan Hias
  • Badam goreng
  • Bawang Goreng
  • Kacang Pea

Bahan Tumis

  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 1 tangkai kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 sdb rempah bryani
  • 5 ulas bawang putih diblend halus
  • 2" halia diblend halus
  • 11 biji bawang merah diblend halus
Cara Menyediakannya


  1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumis sehingga naik baunya
  2. Masukkan air biar mendidih seketika
  3. Masukkan tomato puri, tomato Heinz, susu acir, hirisan carrot, tomato, daun ketumbar, garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan beras...biar sehingga masak.
  5. Angkat hidang bersama badam goreng, bawang goreng dan daun bawang

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...