Friday, August 01, 2014

RENDANG PEDAS AYAM


Hidangan mantop hari raya..tidak seri hari raya tanpanya, Terdapat berbagai variasi, ada yang suka kering, ada yang suka basah dan ada yang suka pedas. Bagi saya, saya suka yang pedas..hmmmm, supaya tidak mudah muak. 

Resipi ini saya banyakkan cili padi, memang pedas dan cukup sesuai buat lemang, ketupat mahupun nasi.




Rendang Pedas Ayam


  • 1 ekor ayam potong 16
  • 3 sdb kerisik
  • 1 kilo santan
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 3 helai daun limau disiat
  • 2 asam keping


Bahan Kisar
  • 15 tangkai cili kering
  • 25 cili padi
  • 8 batang serai
  • 2" lengkuas
  • 2" halia
  • 2" kunyit hidup
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih


Blend semua bahan sehingga halus

Cara Menyediakannya


  1. Masukkan ayam, santan, bahan blend, daun limau purut kedalam kuali besar dan masak 
  2. Masukkan garam, gula, perasa, kerisik dan asam keping.
  3. Biar di atas api, dikacau supaya tidak hangit.
  4. Masak sehingga kering dan taburkan hirisan daun kunyit.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...