Tuesday, August 26, 2014

MEE GORENG DAGING / BEEF EGG NOODLES


Kalau bab mee goreng, saya lebih gemar kalau digoreng basah-basah. Sedap rasanya. Mee Goreng ini pedas dan basah. Saya buat rebusan daging dan air rebusan daging saya gunakan untuk menjadikan ia basah. Tidak terlalu sarat juga saya cuma menggunakan daging udang dan sawi.

Jangan terlalu terikat pada ini tetapi jika suka boleh juga dimasukkan fish cake, fish balls, sotong mahupun taugeh..but I prefer simple. Serve best with cili jeruk




Mee Goreng Daging



  • 1 packet  mee kuning, basuh dan toss
  • 200 - 300 g isi daging direbus hiris nipis dan simpan airnya
  • 200 - 300 g isi udang, dikopek kulitnya dan dibersihkan
  • 3 tangkai daun sawi potong 2" panjang asingkan batang dan daunya
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 10 - 15 tangkai cili kering direndam dan blend halus
  • 2 sdb sos tomato
  • 2 sdb kicap pekat
  • 3 sdb minyak masak..
  • garam, gula dan perasa secukup rasa
Cara Menyediakanya
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang beasr sehingga kekuningan
  2. Masukkan cili balend dan biar seketika
  3. Masukkan udang sehingga udang berubah warna
  4. Masukka air daging ikut basah,masukkan sos tomato, kicap, garam, gula, perasa dan batang sawi biar seketika
  5. Akhir sekali masukkan mee dan daun sawi.
  6. Kacau rata dan angkat

*Note :- Boleh guna cili boh kalau malas hendak blend cili, anggaran 3-4 sdb.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

1all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...