Friday, August 15, 2014

BEEF RENDANG/ RENDANG DAGING


Masih lagi merendang...raya belum habis. Saya jarang membuat rendang daging, kerana anak-anak lebih gemar rendang ayam...tetapi kali ini terpanggil hendak membuatnya. 

Ramuan dan bahan lebih kurang seperti rendang ayam cuma kali ini cara menyediakanya lebih mirip dengan cara rendang daging Indonesia.., semua bahan blend ditumis berbeza dari cara biasa dimana semua bahan dimasak sekali. Paling sesuai membuat rendang lagi ini ialah menggunakan daging batang pinang lembut dan cepat empuk.



Beef Rendang/Rendang Daging

  • 1 kilo daging dihirid mipis
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 keping asam keping
  • 3 sdb kerisik
  • 1/2 kilo santan
  • garam, gula dan perasa secukup rasa
  • 5 sdb minyak m 
Bahan Blend
  • 15 tangkai cili kering direndam
  • 25 cili padi
  • 5 batang serai
  • 1" lengkuas
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2" halia

Cara Menediakanya


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga naik baunya
  2. Masukkan daging biarkan seketika (15 minit)
  3. Masukkan santan, adun kunyit, daun limau purut, garam, gula dan perasa secukup rasa
  4. Masukkan asam keping dan kerisik
  5. Biar atas api sehingga daging empuk dan renadng agak kering.

RECIPE SOURCE:  PATSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


1 comment:

Rosdi Eunos said...

Saya pun baru lepas makan rendang.. hehe

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...