Wednesday, August 20, 2014

AYAM GORENG HALIA


Resipi ini sesuai bagi yang suka masakkan yang tidak berkuah. Mudah menyediakannya dan sedap bersama Nasi Panas dan sambal belacan.



Ayam Goreng Halia





  • 300 g isi ayam dipotong kecil (bites size)
  • 2 biji cili merah dipotong menyerong
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 3 batang kacang panjang dipotong 2"
  • 3 sdb minyak masak
  • garam dan perasa secukup rasa
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk*
  • 2" halia dihiris nipis ditumbuk*
  • 1 sdt serbuk kunyit

Cara menyediakan

  1. Perap isi ayam dengan bahan tumbuk seketika
  2. Goreng ayam yang diperap tadi jangan terlalu garing
  3. Ketepikan dan buang minyak
  4. Masukkan kacang panjang, cili merah, bawang besar serta garam dan perasa
  5. Goreng sehingga kacang masak dan angkat


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...