Wednesday, August 20, 2014

UDANG GALAH LEMAK LABU


Cukur teruja melihat Chef Sabri menyediakan menu ini di program Tumis-Tumis Ramadan tapi sayang puas mencari udang galah tetapi tidak jumpa. Baru ni ke pasar ternampak udang galah terus beli untuk melepaskan hajat. Walaupun udang agak kecil tetpi puas hati dapat mencubanya.

Untuk resipi ini saya membuatnya dengan cara biasa..untuk resipi yang sama boleh juga ditumiskan bahan tumbuk seperti mana yang ditunjukkan oleh Chef Sabri. Menu yang mantap buat sajian tengah hari mahupun makan malam.



Udang Galah Lemak Labu



  • 5- 10 ekor udang
  • 2-3 cawan santan
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2  inci kunyit hidup
  • 25 biji cili padi merah/hijau
  • 1 helai daun kunyit - dihiris
  • 1 keping asam keping/gelugor
  • 1 mangkuk kecil labu yang didadu
  • sedikit garam dan gula sebagai perasa


Cara
1  Tumbuk lumat bawang  dan cili padi.

2. Masukkan santan, bahan yang ditumbuk, serai, asam keping, daun kunyit dan labu dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan labu empuk sambil dikacau selalu agar kuah tidak berketul. Bila labu dah empuk masukkan udang dan balik-balikan agar udang masak sebati dan perasakan dengan sedikit garam dan gula.


RECIPE SOURCE: PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...