Thursday, August 28, 2014

RESIPI KUAH ROJAK PETIS


Siapa yang bisa menolak rojak buah ni...tenguk aje dah kecur.
Biasanya kita beli aje kuahnya, paling popular ialah kuah rojak mak bee tetapi kalau rajin boleh buat sendiri..bahannya mudah dan membuatnya juga senang. Pilihan buah-buahan bergantung kepada selera masing-masing..tetapi kalu di Penang biasanya rojaknya dimasukkan sedikit keropok ranggup dan sotong basah...perghhh

Resipi dari dayangjack yang saya ubah suai sedikit mengikut selera saya - http://dayangjack.blogspot.com/2012/06/rojak-buah-dan-sos-kuah-rojakrojak.html
Kuah Rojak Petis


  • 25 tangkai cili kering (goreng minyakblend kering)
  • 15 biji cili padi - tumbuk halus
  • 2" belacan bakar - ditumbuk hancur
  • 1/2 botol kecil kicap lemak masin
  • 300g gula merah
  • gula pasir secukupnya jika perlu
  • kacang tumbuk secukupnya
  • 125g tepung kanji/tepung ubi  (dibancuh dengan air secukupnya)
  • 3 sdb petis
  • garam secukup rasa
Cara Menyediaknnya


  1. Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan kacang tumbuk tadi. Gaulkan rata-rata.
  4. Tutupkan api. Biar ia sejuk.


RECIPE SOURCE: http://dayangjack.blogspot.com/2012/06/rojak-buah-dan-sos-kuah-rojakrojak.html

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


2 comments:

Bicara Kak Noor said...

best nya kak paty nnt saya nk try buat lah kuah rojak ni

Umie Jazz said...

Assalamualaikum k paty InsyaAllah saya pun nk cuba...

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...