Sunday, August 24, 2014

BIHUN PUTIH aka BIHUN SINGAPORE ALA CRAVEN A


Bihun ini banyak nostalgianya pada saya..selalu makan di Cafe Craven A di Penang. Memang top seketika dulu, satu kuali besar digoreng. Sedap bihun ini ialah manisan air rebusan daging. 

Sebenarnya banyak cara menyediakan bihun ini tetapi saya lebih gemar cara saya ini simple dan tidak terlalu sarat bahannya. Cukup perfect bila ditaburkan dengan bawang goreng dan dihidangkan bersama jeruk cili ijo.






Bihun Putih aka Bihun Singapore


  • 1 paket bihun direndam dan toskan airnys
  • 300 g daging direbus, dihiris nipis dan sinpan airnys
  • 200 g udang hidup dibuang kulitnys
  • 3 biji telur ayam digoreng telur pecah.
  • 200 g kobis dihiris nipis
  • 1 batang carrot diparut halus
  • 3 sdb minyak masak
  • garam dan pati kuib ayam


Bahan Rencahnya
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 sdb lada putih di tumbuk halus

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak masukkan udang dan biar sehingga udang berubah warna.
  2. Masukka hirisan daging dan bawang putih bersama lada sulah
  3. Biar seketika dan masukkan sekurang-kurang 2 cawan air daging
  4. Masukkan pati kuib ayam garam dan hirisan kobis
  5. Biar seketika dan masukkan bihun dan carrot.
  6. Kacau ratu dan biar sampai air rebusan kering dan bihun lembut
  7. Akhir sekali masukkan telur goreng tadi.
  8. Kacau rata dan siap dihidang.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...