Wednesday, July 09, 2014

SEAFOOD PERANAKAN CURRY


Inspirasi dari Restoran Sakura Kristal, katanya menu ini merupakan signature restorannya, memang sedap dan menjadi tabiat saya..mana yang menjadi minat saya akan saya usahakan untuk mencuba dan mendapatkan resipinya.

Oleh kerana rasanya lebih kurang rasa Laksa Lemak Nyonya maka saya membuat olahan sendiri maka inilah hasilnya.

Seafood Peranakkan
  • 200 g udang hidup sederhana besar...kopek dan bersihkan
  • 200 g sotong dibersihkan dipotong bulat
  • 200 g lala dibersihkan
  • 1 biji terung panjang dihiris menyerong
  • 5 batang kacang panjang dipotong 2" panjang
  • 3 biji bendi dipotong du
  • 1 bunga kantan dibelah dua
  • 2 tangkai daun kesom
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 3 sdb minyak
Bahan Blend

  • 10 tangkai cili kering
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1" lengkuas
  • 7 biji buah keras
  • 1" belacan
  • 2" kunyit hidup
  • 1 sdb serbuk ketumbar
  • 1 sdt serbuk jintan manis

Blend semua bahan sehingga halus

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga naik baunya
  2. Masukkan sotong biar seketika sehingga sotong lembut
  3. Masukkan udang dan lala..biar seketika kemudian masukkan santan cair
  4. Masukkan asam keping dan bunga kantan, garam dan gula secukup rasa
  5. Masukkan santan pekat, bendi, kacang panjang, terung dan daun kesom
  6. Akhir sekali masukkan santan pekat dan biar seketika sehingga naik minyak.
  7. Tambah air jika ingin berkuah

Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...