Monday, July 14, 2014

ABUK-ABUK SAGU


Kuih yang cukup mudah dan tidak memerlukan sukatan.. Sago dan kelapa putih digaul kemudian dilapiskan dengan gula melaka. Sedap dimakan panas-panas..tetapi kalau dah sejuk agak liat sedikit. Juadah minum petang atau iftar yang mudah dan ringkas.






Abuk-Abuk Sagu

  • 500g sago biji-cuci dan toskan
  • 250g kelapa parut putih
  • 400g gula melaka- dihiris2
  • secukup daun pisang untuk membungkus-dilayur dan bersihkan
  • daun pandan dicarik-carik
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Rendam sago paaling kurang 1 jam, toskan airnya
  2. Masukkan sago biji,kelapa parut dan garam didalam mangkuk besar dan digaul rata.
  3. Ambil sehelai daun pisang yg di potong berukuran 4"x10" atau ikut pilihan masing2(jika inginkan kue nya besar atau kecil)
  4. Buatkan seperti kon dan masukkan daun pandan,1 sdm sago dan tekankan sedikit agar mampat.
  5. Masukkan 3/4 sdm gula melaka
  6. Abok-abok dan akhir skali masukkan 1 sdm sago lagi-tekankan sedikit lagi baru di bungkus kemas2
  7. Pastikan air dikukusan sudah panas baru dikukus anggaran 25 atau 30 min atau sehingga sagonya masak(bertukar menjadi jernih)
Notes - Jika sukar mendapatkan daun   pisang boleh dikukus dalam loyang.

1 comment:

Nana said...

dah lama mencari resepi ni...
feveret ni...
tq.. (",)

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...