Thursday, July 03, 2014

BEEF NOODLES / MEE GORENG DAGING


Mee ringkas sesuai but sarpan mahaupun minum petang..tapi saya menyediakan untuk bersahur semalam. Basah mee ikut cita rasa masing-masing.  Air stok daging menjadikan mee ini sedap.

Beef Yellow Noodles/ Mee Goreng Daging
  • 1 paket mee kuning - basuh dan toskan
  • 5 tangkai kucai dipotong " panjang
  • 1 genggam taugeh
  • 200 g isi daging direbus dan dihiris nipis, simpan airnya
  • 3 sdb minyak masak


Bahan Tumis
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis


Bahan Blend
  • 15 tangkai cili kering direndam
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih


Bahan Perisa
  • 1 sdb sos tiram
  • 2 sdb sos tomto
  • 1 sdb kicap pekat


Cara Membuatnya

  1. Panaskn minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan
  2. Masukkan bahan blend
  3. Biar seketika, kemudin masukkan sos tiram, sos tomato dan garam secukup rasa
  4. Masukkan mee kuning..kacau rata.
  5. Masukkan air stok daging...bnyaknya bergantung kepada basah mee yang diingini
  6. Akhir sekli masukkan kucai dan taugeh.
  7. Biar seketika dan angkat
Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...