Wednesday, July 02, 2014

PENANG BABA SANDWICH


Saya menggunakan lebihan inti karipap untuk membuat roti ini. Roti Baba Sandwich ini lebih kurang French Toast yang berinti...tetapi saya membuat kelainan sedikit dengan menyalutkan roti ini dengan serbuk roti dan goreng. Sedap makan bersama cili sos dan amat mengenyangkan. So inilah sahur kami anak-beranak semalam.




Penang Baba Sandwich
1 buku roti putih
4 biji telur dipukul
lada sulah dan garam secukup rasa
serbuk roti

Bahan Inti

4 biji kentang di potong dadu
setengh batng carrot dipotong dadu
2 biji bawang besar dipotong dadu
200 g isi ayam
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 sudu  rempah kari
1 tangkai daun kari
2 sdb minyak masak

  1. Tumbuk bahan *
  2. Panaskn minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  3. Masukkan bawang putih dan halia
  4. Biar seketika..masukkan rempah kari dan daun  kari
  5. Biar sehingga naik baunya...masukkan ayam, kentang
  6. Tambah air.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. Masak sehingga ubi empuk dan  sekali masukkan carrot.
  9. Sejukkan sebelum digunakan.  
Cara Menyediakannya


  1. Sediakan roti seperti membuat sandwich biasa.
  2. Celup roti dalam telur
  3. Sadurkan dengan breadcrumbs dan goreng seperti membuat french toast - minyak sedikit


Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...