Monday, July 21, 2014

SIAKAP MASAK PESMOL


Honestly...memang sedap resipi Chef Wan ini... terasa macam addictive pula..sambalnya sungguh hebat. Dimasak atas ikan siakap memang cukup sesuai. Rasa antara rendang dan asam pedas. Sesuai digandingkan dengan apa-apa lauk sekali pun....Cuba  jangaan tak cuba...


Siakap Pesmol


  • I ekor siakap dibersihkan
  • lada hitam
  • minyak untuk menggoreng ikan
  • 1 batang serai dititik
  • 2 cm lengkuas dititik
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 helai daun salam
  • 2 cawan santan
  • 1 biji air perahan limau


Bahan Blend

  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 b1iji buah keras
  • 1/2 sdt kunyit serbuk
  • 2.5 cm halia


Cara Menyediakannya


  1. Lumurkan ikan dengaan lada hitam dan garam
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan, angkat dan letak dalam pinggan
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga wangi.
  4. Masukkan serai, lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam.
  5. Campurkan santan dan renehkan sehingga kuah pekat.
  6. Perahkan dengan jus limau, garam dan gula
  7. Tuang atas ikan goreng dan hidang




RECIPE SOURCE:  Sedap - chef wan

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...