Thursday, July 03, 2014

CHICKEN VARUVAL - SOUTHERN INDIA


Masakan dari Selatan India yang cukup terkenal di kebanyakan restoran daun pisang mahupun restoran nasi kandar. Chicken Varuval ini ada sejenis kari yang dimasak kering...tetapi saya lebih suka ia agak basah sedikit. Sesuai untuk makan bersama nasi mahupun tosai atau roti canai.

Chicken Varuval - Southern India
  • 1 ekor ayam dipotong kecil-kecil
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 tangkai cili kering dipotong 1" panjang
  • 2 sdb serbuk kari Baba's
  • 2 sdb serbuk cili kering digoreng dahulu
  • 2 sdb tomato puri
  • 5 sdb minyak masak


Bahan Tumis
  • 2 biji bawang besar dihiris halus
  • 5 ulas bawang putih diblend hlus
  • 2" halia diblend halus
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1/2 sdt jintan manis
  • 1/2 sdt intan putih
  • 1/2 sdt biji sawi
Cara Membuatnya
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan daun kari dan bahan tumis
  3. Tumis sehingga naik baunya
  4. Masukkan cili kering yang digoreng tadi
  5. Masukkan rempah kari dan serbuk cili
  6. Masukkan ayam dan biar seketika.
  7. Masukkan sedikit air jika perlu
  8. Masukkan pes tomato, garam dan gula secukup rasa
  9. Biar di atas dapur sehingga ayam empuk dan sehingga kering.
Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...