Tuesday, July 08, 2014

CURRY CRAB WITH PINEAPPLE THAI STYLE - KARI BERNANAS THAI

Macam drama TV..ibu melawat anak menantu bawa bekal..ha..ha..sayalah yang memegang watak ibu tu..masak makanan kegemaran anak saya buat berbuka puasa semalam..say tahu memang dia tak sempat hendak masak. 

Ketam kalau berkuah saya lebih suka kalau diletakkan nenas..jadi manis nenas memang sedap. Tapi kali ini saya buat ala Thai. Tidak jauh bezanya dengan cara kita..cuma dibanyakkan daun limau dan daun selasih..cukup sedap...siapkan sambal belacan maka lagi mantop.

Kari Ketam Bernanas Thai



  • 1 kg ketam dibelah 2 dan dibersihkan
  • 2 cawan nenas yang dipotong kecil
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 3 helai daun limau
  • 2 sdb sos ikan
  • 1 genggam daun  selasih

Bahan Blend
  • 10 tangkai cili merah
  • 2 batang serai dihiris halus
  • 1 cm lengkuas
  • 3 taangkai daun ketumbar
  • 2 sdt hirisan kulit limau perut
  • 10 bii lada hitam
  • 2sdt intan putih
  • 1 sdt  belacan
  • 2 sdt serbuk kunyit
Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga naik baunya
  2. Masukkan santan dan daun limau purut, sos ikan, garam, gula serta nenas.
  3. Renehkan sehingga pecah minyak
  4. Masukkan ketam dan daun selasih..biar renehkan lagi

Notes

Adapted from - Sedapnya Chef Wan


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...