Friday, January 20, 2012

BLESSING FRIDAY WITH NASI LEMAK SPECIAL



Alahamdulillah dipanjatkan usia lagi dan hari ini Hari Jumaat 20 Januari 2012, sudah 20 hari kita berada di tahun 2012 dan dipagi Jumaat yang mulia ini saya sediakan Nasi Lemak Special....iaitu menu sarapan ranking kedua saya. Sapa tak suka nasi lemak kan..pagi..pagi itulah yang kita cari..baik..Melayu..Cina mahupun India..semua suka nasi lemak..so Nasi Lemak ini kita boleh panggil 1Malaysia Breakfast la, Sebenarnya N3 Nasi Lemak ini dah banyak saya keluarkan tetapi semua dengan sambal yang berlainan, beras yang berlainan dan cara memasak yang berlainan.

Hari masak berat sedikit sebab my two girls ada kerja kat sekolah kena stay back sampai petang..jadi oklah bawa nasi lemak sebai bekal. Nasi Lemak hari ini saya namakan Nasi lemak Special...specialnya di sini ialah nasilemak yang packing biasa cuma sambal..telur..kacang,bilis dan timun. hari kita buat ebih sedikit sambal udang dan ayam Goreng rempah.  Ha..agak-agak berapa saya patut charge kalau macam ni.Saya nak tanya ni..manalah tahu satu hari nanti nak jadi taukeh nasi lemak..kenalah tahu harganya. Kalau yang biasa pagi-pagi yang kita beli RM1..RM1 harga Ipoh..untuk satu bungkus Nasi Lemak ditempat lain saya tak tahu..so yang special ini agak berapa. saya nak charge????..minta jawapan daripada pakar-pakar masakan ya.

Next Post - Strawberry Cheese Cupcakes

2 comments:

Ucu Faridah said...

As salam akak...
wah kalau mcm ni punya lauk pauk mau harga dlm RM 6.00...
tergoda tengok udang tu...mesti sedap ni...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Ucu...6 hengit..ok saya ikutnasihat Ucu...business woman macam Ucu memang senang dibawa berunding

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...