Pages

Monday, July 06, 2015

TOKUA RENDANG / CUCUR UDANG TOFU GORENG


Favourite orang Pulau Pinang, dulu kini dan selamanya,,,.ha..ha. Masih ku ingat lagi di zaman persekolah kalau, kata hendak ke Tanjong pasti singgah pasar Chowrasta untuk menikmati Tokua Rendang bersama Ais Tingkap...nostalgia lama dan menariknya sehingga ke hari ini business ini masih wujud masih sama seperti dahulu tiada perubahannya. Itulah istimewanya Penang, heritagenya dikekalkan sehingga ke hari ini

Bagi yang baru mengenali menu ini, just a note tentang Tokua Rendang ini. Di Penang Tokua adalah Tahu, Rendang merujuk pada goreng...jadi Tokua Rendang adalah Tahu Goreng yang dimakan bersama Cucur Udang. Sosnya pula adalah sos cili...perghhhh sepinggan tokua rendang akan disertakan tokua goreng, cucur udang timun dan sos cili. Memang hebat digoreng panas-panas lagi.

Tokua Rendang Original Penang
Sebagai seorang yang banyak membesar di Penang, maka menu ini memang tidak lari disediakan di bulan Ramadan ini.....perghhhh semalam saya makan ini aje..no nasi...saya tunggu jam 7:00 malam terus panaskan minyak dan goreng...ha..ha..dasyat nu..kerana hendakkan yang panas2...pekena dengan teh tarik maka sempurnalah Ramadan ke 18 saya....ha..ha. 

Saya mempunyai reispi saya tersendiri tetapi kali ini saya google dan nampak banyak yang telah membuat cucur ini dengan menggunakan yis so I gave a try....memang cantik mengembong cucurnya, ..saya perbanyakkan udang maka nikmatnya tak terkata.



Tokua Rendang

  • 3 cawan tepung
  • 200 g udang kecil dicincang
  • 1 genggam taugeh dihiris
  • 5 tangkai daun kucai dipotong 1/2 panjang
  • 2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1/2 sudu teh yis segera + 60ml air + 1/4 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 300ml air
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 20 ekor udang sederhana untuk hiasan
  • 5 - 7 keping tofu digoreng
  • 1 biji timun dihiris

Caranya :
  1. Larutkan yis bersama air suam dan gula, kacau dan biarkan selama 10 minit hingga berbuih.
  2. Masukkan tepung dalam bekas, tuang larutan yis dan kacau rata.
  3. Kemudian masukkan garam, daun kucai,taugeh dan serbuk kunyit kedalam tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat kepekatan yang sesuai, tidak cair atau likat. Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam untuk adunan mengembang. Aduk kembali adunan.
  4. Panaskan senduk selama 5 minit didalam minyak. Tinggalkan sedikit minyak didalam senduk, kemudian masukkan 1 sudu besar adunan kedalamnya, letakkan udang diatasnya dan goreng bersama senduk tadi dalam minyak sederhana panas hingga timbul.
  5. Balik-balikkan dan goreng hingga keperangan

    SOS CILI

    • 5 tangkai cili merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 2cm belacan - dibakar dahulu
    • 3 sudu besar sos cili
    • 100g gula melaka - diracik halus
    • 200ml air asam jawa
    • Sedikit garam
    • 1 sudu teh tepung jagung - larutkan dengan sedikit air

    Caranya :
    • Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus. Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam. Masak hingga mendidih.
    • Tambah larutan tepung jagung dan masak hingga hampir pekat. Hidang bersama cucur udang yang di potong kecil.





    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...