Saturday, July 04, 2015

SUP TULANG DAGING ALA THAI / THAI BEEF BONE SOUP


Di bulan Ramadan ni sedap juga kalau dapat menu yang kurang berlemak dan masam-masam. Sup tulang dan daging ala Thai ini adalah lebih kurang sama dengan sup kita, cuma bezanya sup ini diletak dengan perahan air asam limau, jadi sup ini ada rasa masam-masam sedikit. Untuk menambahkan keenakkan pada sup ini saya sediakan sedikit cili oil...dan tearasa pedas sedikit.


SupTulang Ala Thai


  • 1 kilo daging bercampur tulang lembu
  • 6 biji kentang - potong 4
  • 3 biji tomato - potong 4
  • 1 biji carrot dipotong kecil
  • Jus perahan limau nipis secukupnya
  • 1 pokok daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN TUMIS 
  • 3 sudu besar rempah sup
  • 2 biji bawang merah - dimayang halus
  • 1 biji bawang besar - dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 1 inci halia - dimayang halus
  • 1 inci lengkuas - dimayang halus
  • 2 batang serai dititik
  • 5 biji cili api-boleh tambah ikut citarasa masing2

Kaedah Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
2. Tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup .
3. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .
4. Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih dan hingga daing empuk.
5. Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.
6. Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la dimasukkan semua ubi kentang .
7. Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.
.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...