Wednesday, July 15, 2015

IFTAT TREAT - PUTERI DUA SEBILIK


Puteri dua sebilik ini adalah variasi dari tepung bungkus, bahan dan cara menyediakannya sama cuma dari satu menjadi dua, dari putih diwarnakan merah hijau, selebihnya, rasa dan aturan membuatnya sama, Memang merupakan favourite minum petang, sarapan pagi dan juga berbuka.

Resipi adaptasi Norsha ini saya buat berbuka semalam, tetapi lapisan luarnya (bilik puteri) agak lembik sedikit,


Puteri Dua Sebilik

Bahan A (Untuk Inti Kelapa)
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
  • 3/4 cawan air
  • 1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
  • secubit garam

Bahan B (Untuk '2  Puteri')
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan air
  • secubit garam
  • 2 pewarna kegemaran

Bahan C (Untuk 'Bilik Puteri')
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan air
  • 1 sk garam
  • 1 helai daun pandan - disimpul - ita tambah
  • Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.

Untuk Inti Kelapa
  1. Dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.
  2. Bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air  dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.
  3. Bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.


Bahan B
  1. Campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. Tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung.
  2. Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau.
  3. Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau)
  4. Ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.


Bahan C
  1. Masukkan tepung beras, santan pekat, air, daun pandan dan garam kedalam periuk. Dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat (sentiasa dikacau supaya tidak bergentil2)
  2. Ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.
  3. Lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan...
  4. Ulangi proses 9 & 10 hingga selesai kesemuanya.
  5. Kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais.
  6. Sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang...


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...