Friday, July 10, 2015

SAYUR TURI LEMAK PUTIH KACANG IJO KELEDEK


Masysallah sudah bertahun saya tidak makan masakkan ini. Bukan bertahun tapi berpuluh tahun. Ini masakkan favourite arwah umi, last saya makan masa arwah masih ada..rasanya dah 20 tahun lebih la tidak makannya. Daun Turi susah ditemui di pasar-pasar, kalau berkehendak juga kenalah pandai menyusur pasar-pasar Tani. Masak Lemak Turi yang biasa dimasak oleh arwah umi diletak kacang hijau rebus. Saya masukkan sedikit keledek kerana manis keledek menambahkan kelazatan lauk ini.

Sedap makan bersama nasi panas, ikan goreng dan samba beacan...perghhhh


Sayur Turi Lemak Putih


  • 1 cekak daun turi - lurutkan daun buang tangkai
  • 1 biji keledek saiz sederhana besar - kupas kulit & potong dadu
  • 1 cawan kacang ijo rebus
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji cili merah dihiris
  • 1 batang serai - dititik
  • garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:

  • 2 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 genggam udang kering - direndam hingga kembang dan toskan

Cara:
1. Campurkan santan cair, keledek, kacang ijo, hirian cili merah, serai dan semua bahan tumbuk dalam periuk.
2. Masak sehingga keledek lembut.
3. Masukkan daun turi, dan masak sehingga daun berubah warna.
4. Tuangkan santan pekat dan kacau supaya tidak pecah santan.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


1 comment:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalam kak Paty...

belum pernah lagi saya tengok sayur yg dicampurkan kacang hijau... satu yg unik ni.
sayur turi memang susah nak cari kan kak.. sy pun hampir rindu nak makan sayur lemak turi + keledek.. aduhaii... terbayang2 kesedapannya...

Selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin ye kak Paty...

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...