Wednesday, July 01, 2015

ASAM PEDAS SIAKAP


Menu ini memang top di rumah, memang favourite seisi keluarga. Isi siakap yang lembut dan manis cukup sesuai di masak asam pedas ini. Terdapat dua cara menyediakan siakap asam pedas ini, satu ikan dikukus terlebih dahulu dan dicurahkan kuahnya yang dimasak secara berasingan atau pun ikan dimasak sekali bersama kuah sama seperti memasak ikan lain. Kaedah ke dua memerlukan kuali yang besar memudahkan untuk memasak dan kaedah ini lebih sesuai kerana manis air ikan dapat dikekalkan.

Daun kesom dan bunga kantan adalah bahan aroma yang membangkitkan rasa asam pedas ini. Saya mengikut petua Chef Wan dengan blendkan sedikit daun kesom bersama bahan blend lain. Terung, bendi atau hirisan nenas merupakan bahan sampingan yang cukup sinonim dengan resipi ini. Saya menggunakan bendi untuk kali ini.




Siakap Asam Pedas

  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan
  • 7 biji kacang bendi - potong bahagian tampuk dan ekor
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 4
  • 3 tangkai daun kesom
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air
  • minyak
  • garam / gula / perasa pilihan


Bahan tumbuk / kisar:
  • 30 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia
  • 5cm kunyit hidup
  • sedikit belacan
  • 7 helai daun kesum

 Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan bunga kantan, dan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan  dan biarkan masak selama 15 minit 
4. Masukkan daun kesom, kacang bendi dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...