Wednesday, July 15, 2015

IFTAR TREAT - KUIH JONGKONG / TEPUNG PELITA



perghhhh...lemak, harum dan manis, itu yang selalu dicari dibulan puasa ini. Tepung Pelita tetap boleh menduduki carta kuih dicari bulan Ramadan. Bahan mudah sedia cuma yang mungkin agak rumit ialah menyediakan daunnya..terpaksa berlajar step-by-step from google. Anyway masalah kelonsong daun ini boleh diselesaikan dengan menggunakan bekas plastik, rasanya ramai juga yang menggunakan cara shortcut ini.

Resipi adaptasi dari Azie's Kitchen ini saya buat untuk berbuka;


Kue Jongkong / Tepung Pelita

Lapisan Hijau:
  • 1/2 cawan tepung beras
  • Secubit kapur makan
  • 2 cawan air daun pandan

Cara cara:
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.
Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya.

Lapisan Santan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan santan
  • Secubit garam

Cara cara;

Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...