Pages

Thursday, July 16, 2015

IFTAR TREAT - DADAR KELAPA NANGKA



Dadar Kelapa Nangka ini adalah variasi kuih dadar. Resipi ini diolah pada intinya di mana hirisan nangka dimasuk bersama inti kelapa. Ternyata kombinasi nangka dan kelapa menambahkan kelemakan pada kuih ini. Bahan kulit kekal seperti biasa


Dadar Kelapa Nangka

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur 
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sdt garam
  • 2 sdm minyak masak
  • Beberapa titis pewarna kuning

 Bahan Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut – ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah – kalau tak suka manis, boleh kurangkan. 
  • 3 ulas nangka dipotong dadu
  • 1/2 sdt garam
  • 2 helai daun pandan – disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sdm tepung gandum


Cara Membuat Intinya:

  1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut dan nangka. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  4. Sejukkan inti.
 Cara Membuat Kulitnya:

  1. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  2. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. 
  3. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  4. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. 
  5. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  6. Biarkan kuih masak. 
  7. Angkat. Ketepikan.
  8. Ulang langkah 5 – 8 hingga adunan habis.
  9. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  10. Ambil sesudu penuh inti . Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 



1 comment:

Julie22 said...

Salam kenal....sedapnya...thanks 4d resepi...

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...