Friday, July 24, 2015

VIETNAMESE NOODLES SALAD / KERABU BIHUN VIETNAM


Kerabu Bihun Vietnam ini adalah salad paling mudah untuk disediakan. Tidak seperti kerabu bihun Nyonya yang memerlukan banyak bahan aroma, kerabu ini memberikan kita ruang untuk memilih jenis sayuran yang kita suka, yang penting bihun hendak dicelur, sayur pilihan dan sos, selebihnya bergantung kepada citarasa kita.

Kalau inginkan pedas boleh tambah cili. Bawang goreng dan kacang tumbuk ditabur untuk menambahkan kelazatan kerabu ini


Kerabu Bihun Vietnam


  • 1/2 paket bihun dicelur
  • 1/2 carrot dihiris nipis memanjang
  • 1 biji cili benggla hijau dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar dihiri nipis
  • 150 g udang sederhana besar direbus dan buang kulit
  • 3 tangkai daun ketumbar dihiris
  • 7 biji cili padi dihiris
  •  biji cili merah dihiris
  • 3 helai kobis ungu dihiris nipis
  • sedikit bawang goreng
  • sedikit kacang tumbuk

Untuk Sosnya
2 biji jus limau nipis
2 sdb gula gabung thai
2 sdb sos ikan
3 ulas bawang putih dicincang
garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya
  1. Satukan bahan sos dan adjust rasa
  2. Tuang bahan sos pada bahan salad dan gaul rata
  3. Sebelum hidang taburkan bawang goreng, kacang tumbuk dan hirisan limau.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...