Tuesday, July 14, 2015

SAMBAL UDANG PETAI


Ramadan dan Petai...ha..ha.tak perlu berkata apa-apa, tetapi jika ianya menyelerakan dan memang favourite, maka kesan sampingannya diletak tepi dahulu...lagi satu masakan yang susah ditolak. Untuk masakan ini udang bersaiz sedehana cukup sesuai. Boleh memilih untuk dibuang kulit atau pun tidak, tetapi biasanya jika hendak menampakkan saiz udangnya besar maka tidak perlu dibuang kulit. Begitu juga dengan kepekatan kuah, boleh pilih, pekat atau cair semua bergantung kepada selera masing2....apa pun pekat adalah pilihan saya



Sambal Udang Petai


  • 10 - 30 ekor udang saiz sederhana
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 1 cawan isi petai
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 sdb air asam jawa
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa


Bahan Blend
  • 25 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2" belacan

Blend semua bahan sehingga menjadi pes halus

Cara cara:
  1. Panaskan minyak dan bahan yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.
  2. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan  udang, air, air asam jawa dan garam.
  3. Akhir sekali masukkan petai dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan masukan hirisan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. 

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...