Friday, July 24, 2015

SERABAI SERABI


Serabai Serabi..ha..ha macam cite Labu Labi pula. Alkisahnya itulah nama kuih ini. Di Malaysia namanya Serabai manakala di Indonesia namanya Serabi. Serabai putih Serabi Hijau. Kedua kuih ini memang sama Di Malaysia kita lebih gemar makan dengan kuah durian atau kuah gula merah Di Indonesia ia dimakan dengan Kuah kinca Membuatnya lebih kurang sana tetapi kuih ini akan ebih cantik jika digunakan acuan khasnya. Saya cuma menggunakan non stick pan yang kecil.

Sedap kuih ini aroma masam-masam yis menyebabkan kuih ini lebih kurang rasa apam. Sesuai buat sarapan atau minum petang


Serabai Serabi

  • 2 cawan tpg beras
  • 3/4 cawan nasi sejuk
  • 1 sudu kecik yis
  • 1/2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam

Cara Menyediakannya

  1. Yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk
  2. memastikan yis aktif...
  3. Kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu
  4. masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau
  5. sebati ..
  6. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup
  7. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih bakar..sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu
  8. Masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan...agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak keluarkan kuih dr acuan


Untuk kuah durian
  • 1 keping gula melaka
  • 2 mgkuk santan sederhana pekat
  • durian 2@3 ulas
  • gula jika perlu
  • daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • 1 sudu tpg gandum*
  • sedikit air *
  •  

* gandum dan air bancuh terlebih dahulu
  1. Gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing
  2. Masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah ..kacau sentiasa dan sehingga masak...



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


1 comment:

obat alami tradisional said...

inforamasinya sangat menarik , jadi ga sabar pengen nyoba resep- resepnnya ,,Pengobatan Alternatif Diabetes Melitus

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...