Wednesday, July 22, 2015

SAYUR RAMPAI GORENG


Rasanya  sayur rampai ini popular dikalangan masyarakat Johor. Selalu dihidangkan dimajlis-majlis terutama tahlil. Biasanya kacang panjang menjadi favourite dan ada juga yang suka letak hirisan tofu dan tempe dan ada resipi memasukkan sedikit santan. Resipi ini paling mudah, tumisan cili merah dan bawang besar aje. Untuk sayur ini saya masukkan sedikit hati goreng....bukan apa sayang tenguk lebihan hati dari masakkan rendang raya. Sayur ini sesuai digandingkan dengan apa jenis nasi.


Sayur Rampai Goreng


  • 15 tangkai kacang buncis, hiris serong
  • 100 g udang hidup dibuang kulit
  • 3 ketul hati ayam digoreng dahulu
  • Sedikit soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
  • 2 keping fucuk kerat dan rendam
  • 2 biji cili merah, hiris
  • 1 biji kecil bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 camca besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan udang, cili hiris dan sos tiram, kacau rata. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan kacang buncis, tauhu, fucuk dan soo hoon (toskan). Masukkan garam secukup rasa, kacau dan masak hingga kering sedikit. Masukkan hati goreng. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


1 comment:

Fida Z Ein said...

Menyinggah jap...

Simple dan mudah tetapi menyelerakan...boleh cuba...

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...