Tuesday, July 14, 2015

SIAKAP STEAM LIMAU / STEAM SEABASS WITH LIME THAI STYLE


Masih lagi dengan menu Thai, kali ini sikap stim, juga menu favourite restoran Thai. Juga mudah menyediakannya, hiris semua bahan, tabur atas ikan siapkan sos, curah atas ikan dan kukus....ha...ha mudah malahan tidak perlu resipi. 

Kombinasi serai, daun limau, bunga kantan dan jus limau merupakan kombinasi hebat yang menaikkan rasa dan aroma masakan ini Bagi yang sukakan menu yang masam-masam Siakap Stim ini memang cukup sesuai

Siakap Kukus Limau 

  • 1 ekor ikan siakap 
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 4 ulas bawang putih - hiris
  • 8 biji cili padi - ketuk
  • 2 inci halia muda - hiris panjang
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 3 biji limau kasturi/nipis - hiris dan juga perah jus
  • 5 helai daun limau purut - buang urat & hiris kasar
  • 2-3 biji bawang putih jeruk - buang kulit
  • 1/2 batang saderi - hiris nipis
  • 1 bunga kantan dihiris nipis

 Bahan Sos:
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 3-4 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air

 Bahan Lain:
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  • Garam
  • Gula/serbuk perasa

 Bahan Tabur
  • Daun ketumbar, daun bawang - hiris
  • 1 biji cili merah - hiris
 
Cara cara:
  1. Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Masukkan semua bahan hiris dan bahan sos ke dalam pinggan pengukus. Letakkan bahan hiris sebahagian di bawah ikan.
  2. Kukus dalam 5-10 minit atau sehingga ikan masak. Masukkan air bancuhan tepung dan garam serta gula. Rasakan dulu masinnya, sebelum ditambah garam. 



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...