Sunday, July 05, 2015

SIAKAP GORENG TOCHO


Ikan mahal sekarang ni, kalau mempunyai anak ramai memang parah. Sepotong ikan tenggiri aje boleh mencecah 6-7 ringgit dan sepotong boleh makan dua orang aje..memang perit, tapi Siakap masih boleh consider ikan mampu beli, seekor sekarang tak sampai RM10 dan bestnya pula boleh makan satu family.

Dan menarik tentang siakap pula ia bukan aje sesuai untuk kukus tetapi cukup vesertile untuk lauk-lauk lain. Minggu lepas saya masak asam pedas, minggu ini saya buat goreng tocho..perghhh makan panas-panas boleh terasa krap krup garingnya.


Siakap Goreng Tocho


  • 1 ekor ikan siakap digoreng bersama tepung jagung angkat dan letak dipinggan
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji tomato dihiris bulat
  • 7 biji cili padi diketuk
  • 2 tangkai daun bawang dihiris memanjang
  • 3 sdb tocho dibasuh
  • 1 sdb kicap pekat
  • 1 sdb sos tiram
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 sdb tepung jagung bancuh bersama 2 sdb air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air
Bahan Tumis
  • 2 inci halia dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan tumis sehingga naik baunya
  2. Masukkan tocho, kicap dan sos tiram
  3. Kacau dan masukkan air, garam dan gula secukup rasa
  4. Biar mendidih dan masukkan hirian bawang besar, tomato dan daun bawang
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biar  pekat sedikit angkat dan curah atas ikan goreng tadi


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

1 comment:

Amie said...

Assalamualaikum Kak Paty,
lama tak singgah sini... siakap goreng taocu tu nampak sedap! Pagi tadi pi pasar, ada sekor je siakap...besar sangat! Nak beli separuh penjual tak bagi... kena beli sekor yang beratnya dekat 4 kg! Ah... tak jadi beli...

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...