Tuesday, July 14, 2015

IFTAR TREAT - JEMPUT-JEMPUT UDANG


Jemput-jemput Udang, buat la beberapa kali, buat la bila-bila sekali pun tetap tidak akan jemu. Ini memang favourite saya.wajib ada, biasanya hujung minggu sambil bersantai menonton TV. 

Walaupun Ramadan, jemput-jemput ini tetap menjadi pilihan.saya bila sudah kena jemput-jemput ini nasi selalunya ditolak ketepi....ha..ha cukup mengenyangkan dan sedap bersama teh tarik.


Jemput2 Udang

*300g udang buang kulit dan cincang kasar
*2 biji bawang besar (mayang)
*1 genggam taugeh (kalau nk letak byk pun boleh)
*1 cekak daun kucai (di potong panjang2)
*1 biji telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
* 3/4 camca teh baking powder
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 2 1/4 cawan air (atau secukupnya)
*Secubit serbuk kunyit (untuk warna)
*Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


  1. Masukkan semua bahan yg bertanda * dalam bekas dan gaul sebati  sampai tepung menyaluti semua bahan2 
  2. Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat ,Rasa garam kalau xcukup tambah dan baru lah digoreng. 
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemputkan adunan cekodok samada guna tangan atau sudu ke dalam minyak sederhana panas. Jangan buat banyak sangat bergantung pada saiz kuali yang anda guna. Balik2kan hingga cekodok masak sekata dan perang keemasan.
  4. Angkat dan toskan, kemudian letak atas kitchen paper towel. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan cekodok panas bersama sos pilihan anda,



    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...