Wednesday, July 22, 2015

AYAM PANGGANG LEMAK TERMASEK


Resipi adaptasi dari wall Chef Joha Hassan. Nampak sedap so saya cuba, dengan membuat pengolahan dari segi cara membuatnya Resipi asal ayam dimasak sekali dengan kuahnya tetapi saya perap dan bakar ayam cara berasingan. Sedap resipi ini dan cukup berselera sekali. Saya hidangkannya cara roasted chicken, butter rice, fries dan salad



Ayam Panggang Lemak Temasek
  • 1 ekor ayam segar di belah dua, atau ikut citarasa.
  • 1.5 inch halia
  • 1.5 inch lengkuas
  • 1.5 inch kunyit hidup
  • 12 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 helai daun limau purut
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
  • 4 biji buah keras
  • Bahan2 di atas di tumbuk atau dikisar halus
  • 2 batang serai di titik saja
  • 400ml santan cair
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis


Cara2nya
  1. Panaskan minyak di kuali, masukan 2 batang serai, gorengkan sebentar, kemudian letak rempah yang di kisar halus. Letakan serbuk buah pala, garam & gula. Goreng hingga aroma nya bangkit, rasa kuah nya. Masukan ayam yang di belah dua, dan tutupkan tudung periok nya biarkan ayam nya masak seketika diapi kecil.
  2. Keluarkan ayam, letakan di atas dulang pembakar dan panggang ayam nya selama 15mins di suhu 160C, grill setting. Bila di sajikan letak kuah lemak di atas ayam nya.


RECIPE SOURCE:  JOHA HASSAN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...