Thursday, July 09, 2015

NASI BUKHARI


Di bulan Ramadan jika ada tetamu bermalam di rumah..makanya Nasi Bukhari ini sesuai disajikan waktu berbuka, senang tak payah pening hendak memikir lauk-pauk yang hendak disediakan. Nasi Bukhari ini bersama ayam goreng dan salsa timun sudah cukup sebagai pelengkap berbuka.

Untuk resipi nasi ini saya menggunakan rempah bukhari Faiza..perghhh ternyata berbaloi, sedap rempahnya agak spicy sedikit tetapi itu yang diingini nasi yang berempah. Saya sediakan nasi ini bersama Ayam Masak Briyani dan acar timun. Complete set..yang memang lazat.


Nasi Bukhari

  • 4 cawan beras basmathi 
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu sejat dicampur 1 biji air perahan limau
  • 1 paket rempah bukhari
  • 3 biji cili hijau - dipatah-patah
  • 2 pokok daun ketumbar 
  • 2 biji buah tomato dicincang
  • 2 sdb tomato puree
  • garam secukup rasang
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
  • bawang goreng untuk tabur 
  • gajus goreng


Bahan Kisar:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia


Bahan Tumis

  • 2 kayu manis, 
  • 3 kuntum lawang, 
  • 3 kuntum cengkih, 
  • 3 biji pelaga

Cara Memasak:-
  1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
  4. Masukkan tomato cincang dan taomat pes
  5. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  7. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.
  8. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan gaju



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...