Wednesday, December 28, 2011

BLACK PEPPER BEEF LIVER / HATI LEMBU MASAK LADA HITAM


The last time I ate this was fourteen years ago...during my confinement. My goodness ever since then I haven't see or eat any more beef liver until I saw this in Intai Dapur Blog. I just can't help myself anymore, the syndrome of "sudden crave" attacked me and I have to give a BIG GO for this. I made a small portion of it since my children don't quite like it. I don;t know about other races, but I was told that to the the Malays, beef liver is good for those who lost blood during labor. Liver contains iron which help to regain energy and build back the blood cells. Black pepper is used in this dish to warm up body and to promote blood circulations.

Though  this dish fall under the confinement or post natal food it is still delectable and you do not have to go through pains of childbirth to enjoy this !!! so make a BIG GO to try this.


Black Pepper Beef Liver

Print Friendly and PDF
INGREDIENTS
300g beef liver cut into bite sizes / 300 g hati lembu
1 big onion - cut into ring / 1 biji bawang besar dihiris bulat
2 potatoes quartered / 2 biji kentang dibelah empat memanjang
2 red chilli cut into diagonal / 2 biji cili merah dipotong menyerong
1/2 cup green peas / 1/2 cawan kacang peas.
3 tbsp oil / 3 sdb minyak masak

Pounded Ingredients
5 cloves garlic / 5 ulas bawang putih
7 shallots / 7 biji bawang merah
2" ginger / 2" halia
3 tbsp black pepper / 3 sdb lada hitam.

Blend or pounded all ingredients into fine paste / blend atau tumbuk semua bahan sehingga halus

Seasoning
2 tbsp black pepper sauce (see bottle above) / 2 sdb sos black pepper
1 tbsp corn flour / 1 sdb tepung jagung
2 tbsp liver stock / 2 sdb air rebusan hati

Combine all and set aside / Satukan semua bahan dan letak sebelah

METHOD

Add salts to potatoes and deep fry till golden brown and set aside / Lumurkan kentang dengan garam dan goreng sehingga kekuningan dan letak sebelah.

Cook beef liver with 2 cups of water until liver tender and soft. Retain stock and set aside / Rebus hati dengan 2 cawan air sehingga empuk dan lembut. Simpan air rebusan dan letak sebelah.

Heat up 3 tbsp of oil and saute the pounded ingredients till frgrant / Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.

Add in liver together with the stock and let it simmer until thicken/ Masukkan hati dan air rebusan hati. Biarkan di atas api sehingga kuah agak pekat.

Add in seasoning and simmer for another 3 minutes. Finally add in potatoes, red chili and onions. / Masukan bahan seasoning dan biarkan di atas api selama 3 minit lagi. Akhir sekali masukkan kentang, cili merah dan bawang besar.

Sprinkle with green peas before serving / Taburkan kacang peas semasa menghidang.




Kali terakhir saya makan hati lembu adalah empat belas tahun yang lalu semasa dalam pantang melahirkan anak bongsu saya. Selepas itu tidak pernah lagi lihat mahupun makan hati.......(hari-hari senang hati) sehinggalah Liza, Intai Dapur menayangkan menu ini. Tekak tiba-tiba terasa hendak sangat makan hati ini, apa lagi ke pasar cari hatilah. Saya masak cara arwah umi..cuma modified sedikit dengan memasukkan sedikit sos lada hitam...bukan apa ready made sos lada hitam ini ada perisa sedikit, saya tak letak banyak cuma hendak dapatkan perasanya aje 1 sdb cukup. Sebenarnya tak ada sos ini pun tak apa. Untuk resipi ini saya rebus hati lembu ini dahulu. Rebus sampai empuk dan air rebusan diguna pakai semula untuk menambahkan kuah dan kemanisan masakan.

Bahan sampingan lain yang saya gunakan ialah kentang goreng, bawang besar, cili merah dan kacang pea. Bergantung kepada selera masing-masing kalau inginkan yang berkuah tambahkan air. Biasanya kalau ikut resipi orang dalam pantang semuanya dimasak cara kering.

Sesekali mengikati nostalgia lama tak apa kut lagi pun sajian ini memang enak tapi ingat tidak boleh makan selalu, kata orang organ dalaman ini kurang sihat..tapi sekali sekala ok.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...