Monday, December 26, 2011

TALAM LAPIS MUTIARA


Talam Lapis Mutiara literally means Pearl Steam Layer Kuih. Pearl here refers to the "sago pearl" used in one of the layer. Recipe adapted from Chef Asma the well known "Talam and Kuih Lapis" expert, from RASA MAGAZINE October 2011 issue. This kuih is another variations of the local steam layered kuih. You can adjust and balance the rice flour and tapioca flour if you you wish to have chewy or less chewy kuih lapis. if you want less then reduce the amount of tapioca flour. This version is slightly chewy. It's creamy and for talam lovers you definitely love this new twist.

TALAM LAPIS MUTIARA

Ingredient A /Bahan A
50 g small pearl sago /50gm sagu kecil berwarna pink

Ingredient B / Bahan B
90 g rice flour / 90gm tepung beras 
80 g tapioca flour / 80gm tepung ubi 
150 ml coconut milk / 150ml santan pekat
100 ml water / 100ml air

Ingredient C/Bahan C
140 g caster sugar /140gm gula kastor
100 ml coconut milk /100ml santan pekat
200 ml water / 200ml air
1/3 tsp salts /  1/2 sudu teh garam
2 blade pandan leaves / 2 helai daun pandan


Method / Cara-caranya:-

Heat up ingredients C until sugar dissolve.Let it cool for a while (warm) then add ingredients B, combine well, sieved and add ingredients A. Set aside . /Masak bahan C sehingga gula menjadi hancur (suam kuku)
Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata, tapiskan
Masukkan pula bahan A dan ketepikan sebentar
Bahan Lapis Berwarna

Ingredients D / Bahan D
150 g rice flour / 150gm tepung beras 
270 g tapioca flour / 270gm tepung ubi 
250 ml coconut milk / 250ml santan pekat 
250 ml water / 250ml air

Ingredients E / Bahan E
240gm gula kastor / 200 g gula caster
200 ml coconut milk / 200ml santan pekat 
300 ml water / 300 ml air
1 tsp salts / 1 sudu teh garam
2 blade pandan leaves / 2 helai daun pandan

Ingredients F / Bahan F
Pewarna hijau secukupnya
Esen pandan secukupnya

Method /Cara-caranya:-
  1. Heat up ingredients E until sugar dissolves /Masak bahan E sehingga gula cair (suam kuku)
  2. Combine ingredients D and mix with ingredients E. Sieve and divide into 4 mportions. Colour one portion pink, one white and 2 green. Add essence / Setelah itu, bancuh bahan D dan satukan dengan bahan E. Tapis dan bahagikan kepada 4 bahagian. Satu bahagian pink, satu bahagian putih dan 2 bahagian hijau yang dicampur dengan sedikit esen pandan.

To Layer The Kuih / Cara-cara melapis:-
  1. Start with one green layer and steam for 10 minutes /Mula-mula masukkan bahagian green dan kukus selama 10 minit.
  2. Add in white layer and steam for 10 minuts /Kemudian masukkan putih, kukus 10 minit. Add in pink layer and steam for 10 minutes / Masukkan pula bahagian pink, kukus 10 minit.
  3. Add in the pearl layer and steam for 10 minutes / Masukkan pula bahagian lapisan permata dan kukus 10 minit
  4. Finally add in the green layer and steam for another 25 minutes /Akhir sekali masukkan bahagian hijau dan kukus selama 25 minit.
  5. Remove and let it cool completely before slicing / Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.

_______________________________________________________________

Resipi ini tersadai agak dua hari jugalah. Saya tidak berkesempatan nak upload...biasalah cuti Christmas dan hujung minggu semua berkumpul..makan..makan...jalan..jalan...langsung tak ada masa hendak mengadap komputer. Kuih Talam Lapis Mutiara ini adalah resipi dari Chef Asma yang saya ambil dari majalah RASA - Oktober 2011. Talam ini menggunakan sagu pada salah satu lapisanya. Seperti biasa kalau kita inginkan yang liat-liat sedikit kenalah pandai balancekan tepung beras dan tepung ubi. Resipi ini adalah salah satu variasi talam era sekarang. Sedap dan lemak, bagi peminat talam anda pasti mengemarinya.

Next Post - Cheese Ham Burritos

 ________________________________________________________________________


2 comments:

Nazrah said...

Selamat pagi kak... rajinnya melapis .. kita pun dah lama tak buat kuih talam..nempak yg ini menarik.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Naz, akak lama tak melapis dan menalam...asyik try yang baru..susah juga nak adjust tangan balik.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...