Saturday, December 10, 2011

KUIH LAPIS KOPI / STEAM COFFEE LAYERED KUIH


This is a chewy version of kuih Lapis, 100 % used tapioca flour. For those who love chewy version you will definitely love this kuih lapis with the hints of coffee

INGREDIENTS
300 g tapioca flour / 300 g tepung ubi
1 tbsp sago flour / 1 sdb tepung sago
275 g sugar / 275 g gula
200 ml coconut milk / 200 ml santan
400 ml water / 400 ml air
1 1/2 tbsp coffee essence / 1 1/2 sdb esen kopi
few drops of yellow coloring / beberapa titik warna kuning

  1. Mix coconut milk with water / Satukan santan dan air
  2. Cook coconut milk with sugar until sugar dissolved. leave to cool. Mix it with tapioca flour and sago flour until well combined./ Masak santan dan gula sehingga gula hancur. Sejukkan. Campurkan  tepung ubi dan tepung sagu satukan dengan campuran santan dan gula.
  3. Divide into 2 portions. Mix 1 portions with cofffee essence and the portion with yellow coloring /Bahagi adunan kepada 2 satu diletakkan esen kopi dan satu lagi diletakkan warna kuning.
  4. Grease baking tray with oil. Steam one layer of yellow for 7 minutes follow by the coffee layer. Repeat process until you complete 4 coffee layer and 4 yellow layer./Sapukan loyang dengan minyak dan kukus lapisan pertama berwarna kuning dikuti dengan lapisan kopi. Setiap lapisan dikukus selama 7 minit. Ulangi proses sehingga habis. 4 lapisan kopi dan 4 lapisan kuning
  5. Remove and allow to cool before you cut / Angkat dan biarkan sejuk sebelum dipotong
________________________________________________________________

Kuih lapis ini adalah jenis yang liat-liut sedikit. Menggunakan tepung ubi dan tepung sago berserta perisa kopi. Sesuai bagi mereka yang mengemari kuih lapis versi liat.

Next Post - Chocolate Streusel Muffins

_________________________________________________________________________

6 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum kak Paty,

sedapnya nampak kuih lapis nie kak...coffee essence tu can I replace by using coffee oil...mcm tingin nk buat....thks kak for sharing recipe.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Nuridah...boleh aje....tujuaanya untuk rasa dan warna..boleh replace anything pun.

Mamasya said...

Aslmkum k.Paty
sedapnya kalau dpt sepotong dua kuih lapis coffee ...buat minum ptg.
re; K.Paty, satu pengalaman menarik k.Paty masuk dlm piramid.sy tengok luar saja. ooh k.Patypun dah sampai Pasar Khalili, mmg tempat tumpuan pelancong.penjual kat situpun mcm dah cam org Msia.pandai k.Paty bargain dg pak Arab...mmg kena bargain baru dpt murah...tp brg2 kat situ mmg murah. sypun suka jln2.....shopping kat situ.

CT Delima said...

As'salam Kak Paty,

salam kenal dari CT kak, terus singgah dari blog Pn Rose. terkenan dengan kuih lapis yang sedap. belum pernah buat kuih lapis mengunakan perasa kopi. mesti lain rasanya dan harum kopi juga ada terasa.

sedap2 masakkan dari Kak Paty ni membuka selera CT :)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Mamasya. akak memang suka cairo...malam belayar dan dinner kat Sungai Nil....tenguk belly dancing...sukalah..dan banyak kenangan manis. Akak belajar the power of pyramid sebab tu akak made a point hendak masuk dalam pyramid tu. Memang menakjubkan.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam CT Delima, selamat datang....ke PATYSKITCHEN, akak pun selalu mengintai dapur CT...suka hasil tangan CT, kemas dan rapi..lapis ini akak ambik dari buku....jenis lapis macam lapis nyonya juga liat-liat..sedikit..akak suka lapis ini lagi sedap makan lepas 1 hari..the next day ..tu akak suka macam tu

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...