Tuesday, October 21, 2014

TELUR MATA MASAK KICAP...


Resipi mudah dan favourite terutama kanak-kanak. Boleh dipelbagaikan jika suka dengan meletakkan kentang goreng atau bahan sampingan lain, tapi saya lebih suka yang ringkas. 

Jika sukakan pekat boleh masukkan air bancuhan tepung jagung dan jika suka cair dan berkuah boleh adjustkan air dan kicap. Apa pun caranya paling sedap dimakan bersama nasi panas.

Telur Mata Masak Kicap

Ingredients
  • 3-4 biji telur digoreng mata
  • 1 biji cili hij1u dibelah 2
  • 1 biji cili mer1h dibelah 
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1"halia dihiris nipis
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 cawan air
  • 1/2 sdb tepung j1gung dibancuh bersama 2 sdb air

Bahan sos

  • 2 sdb kicap cair
  • 1 sdb kic1p pekat
  • 1 sdb sos tomato
  • 1 sdb sos tiram

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya
  2. Masukkan air dan biar seketika
  3. Masukkan bahan sos biar sehingga mendidih
  4. Masukkan telur goreng, cili dan bawang
  5. Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung.
  6. Adjut rasa dan angkat.

Recipe Source :- PATYKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...