Pages

Friday, October 03, 2014

SPICY SHANGHAI NOODLES/MEE GORENG PEDAS


Salam Jumaat semua....sesungguhnya hari ini memang hari yang baik..penghulu segala hari dan kebetulan hari Arafah..rasanya walaupun kita tidak berada di tanah suci.tetapi excitement menanti hari rahmat ni sungguh terasa, lebih-lebih berkesempatan berpuasa esok hari...amin alhamdulillah. memang hajat untuk berpuasa esok hari..so pagi ni buat simple breakfast , malam boleh masak special sekali gus bersahor..insyallah

Mee Goreng ini saya buat basah kerana saya memang suka kalau mee kuning digoreng basah. Air rebusan daging digunakan untuk menjadi mee berkuah sedikit. Sebaiknya jika ada tulang-tulang daging lebih sedap dijadikan air rebusan. Bahan-bahan lain saya menggunakan bahan-bahan biasa sawi dan taugeh. Kepedasan bergantung kepada citarakita...kalau hendak lebih pedas boleh tambah cili lebih. Sedap jika dihidang bersama telur rebus, bawang goreng dan daun bawang.





Mee Goreng Pedas




  • 1 paket mee kuning
  • 200 g isi udang dibuang kulit
  • 200 g daaging direbus dihiris nipis dan simpan air stoknya
  • 2 tangkai sawi hijau di hiris kecil
  • 100 g taugeh
  • 2 tahu dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 3 sdb cili kisar
  • 1 sdb kicap pekat
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 2 sdb sos tomato
  • garam dan kube pati ayam


Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga agak gareng.
  2. Masukkan cili kisar dan bawang putih tumbuk
  3. Biar seketika dan masukkan udang hidup dan batang sawi.
  4. Biar seketika masukkan kube pati ayam, kicaap pekat dan sos tomato
  5. Masukkan air rebus daging tadi..mengikut basah yang dikehendaki
  6. Masukkan hirisan tahu, sawi dan mee
  7. Kacau rata dan sabati dan biar seketika sehingga mee masak
  8. Boleh tambah air rebusan jika ingin ia bbasah dan berkuah


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...