Tuesday, October 21, 2014

TALAM KELADI BERLAUK - CHEF HANIELIZA


Talam keladi berlauk ini saya gunakan resipi Chef Hanieliza, tetapi dengan beberapa olahan dibahagian lauknya kerana saya lebih gemar cara Chinese yang banyak meletakkan udang kering goreng yang dikisar halus, kacang tumbuk, bijan dan titisan minyak bijan. Sajian sesuai buat sarapan pagi atau pun minum petang. Sedap dihidangkan bersama Cili sos


Talam Keladi Berlauk

Ingredients

Bahan A
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 6 cawan santan [1 biji kelapa]
  • 1sudu kecil garam

Bahan B
  • 2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
  • 2 sudu besar udang kering
  • 4 tangkai cili merah [cincang]
  • 1 pokok daun bawang ]
  • 1 pokok daun sup ] racik
  • 2 sudu besar bawang goreng

Bahan C [hiasan]
  • 3 tangkai cili merah [cincang]n dingr
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 2 sdb kacang tumbuk
  • 1 sdb disangrai dahulu
  • 2 sdb udang goreng digoreng gareng dan dikiar halus
  • 1 pokok daun sup dan daun bawang [racik]
  • titisan minyak bijan

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
  2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
  3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata. 
  4. Masak atas api sehingga naik wap
  5. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
  6. Kukuskan adunan selama 30 min Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
  7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
  8. Hidangkan.



all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...