Sunday, October 26, 2014

KUE NONA MANIS


Kuih Nona Manis dari Sulewasi Indonesia, sudah merebak ke sini, ramai sudah mencubanya saya baru semalam try. Sedap kuih ini macam kuih Talam, rasa lemak manis. My first try tidak berapa menjadi agak keras sedikit, anyway akan cuba lagi..memang suka tekturnya.


Nona Manis


  • 3 biji telur ayam
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum

Bahan II: 

  • 2 cawan santan suji (santan yang diblender bersama pandan dan suji - suji ialah sejenis tumbuhan serupa pandan)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan III:

  • 2 cawan santan kental (pati santan)
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
Cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga mengembang. Perlahankan kelajuan mixer, dan masukkan tepung gandum. Adun sebati dan kemudian masukkan pula santan dan diadun lagi hingga sebati. Ketepikan.
2. Campurkan santan suji (santan yang diblender bersama pandan tadi), gula pasir dan tepung jagung. Masak di atas api dapur sehingga meletu-letup dan memekat. Angkat.
3. Campurkan Bahan I dan Bahan II.Gunakan mixer hingga teradun sebati. Ketepikan. Jadinya... bila Bahan ! dan II dicampur, terjadilah adunan seperti dalam gambar di atas tu.
4. Naikkan periuk pengukus yang berisi air kukusan ke atas dapur dan bukakan api dapur.



all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...