Monday, October 20, 2014

SAMBAL TUMIS SOTONG/DRIED CUTTLEFISH SAMBAL


Sambal tumis sotong kering memang vesertil boleh makan dengan nasi lemak, mee rebus, lotong kering, lontong basah dan kalau makan gerai mamak minta pasembor special pasti diletak samal sotong. Untuk mendapatkan sotong yang cantek seelok-eloknya sotong direndam dengan air abu semalaman. Sambal ini sedap juga jika ditaburkan dengan sedikit kacang tumbuk...perghhhh..

Sambal Tumis Sotong Kering

  • 3-4 keping sotong kering rendam semalaman bersama 2 msdb air abu
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 1 sdb air asam jawa
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sdb gula merah
  • garam dan perasa secukupnya
Bahan untuk diblend
25 tangkai cili kering rendam
2 biji bawang besar
1' belacan

Blend semua bahan sehingga menjadi pesa basah dan halus
Cara Menyediakanya
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga agak kering
  2. Masukkan sotong dan biar seketika
  3. Masukkan  1/2 cawan air, garam gula merah dan air asam jasa
  4. Biar atas api sehingga sotong masak dan naik minyak
  5. Akhir sekali masuk hirisan bawang besar



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...