Saturday, October 11, 2014

CHOCOLATE SLICE CHEESE CAKE


Cheese cake ini adalah versi Snow Cheesecake yang menggunakan slice cheese daripada krim cheese biasa. Rasanya resipi ini boleh digunakan jika berhajat hendak makan cheesecake tapi pada bajet yang mini. Saya membuat olahan sedikit dengan memasukkan sedikit chocolate cair tidak banyak lebih kurang 20 g. Resipi asal saya ambil dari Hana's Family Blog.

Sesuai buat sajian petang..hiasan kek bergantung kepada kehendak masing tapi paling popular untuk resipi ini ialah ianya disaluti dengan keju parut...





Chocolate Slice Cheesecake

  • 6 keping slice cheese - 6 keping
  • 250 ml susu segar - 250ml
  • 100 g butter - 100g
  • 100 g gula halus -100g
  • 110 g tepung gandum ayak 
  • 6 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila


Cara-cara

  1. Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  2. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  3. Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana.
  4. Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  5. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  6. Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  7. Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  8. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat dibawah)
  9. Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  10. Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(hana potong guna pisau pemotong roti)


all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...