Pages

Thursday, October 02, 2014

SALTED EGGS SHRIMPS/ UDANG GORENG TELUR MASIN


Resipi restoren yang mudah disediakan. Resipi ini asalnya dari Salted Eggs Crab dimana bahan utamanya adalah ketam. Cukup popular di restoran Cina tapi masyallah harganya agak mahal untuk sepinggan. Cara menyediakan Salted Eggs Shrimp lebih kurang sama dengan menyediakan butter prawn. Daun kari menambahkan aroma pada masakan ini.

Bagi yang suka meratah resipi memang cukup sesuai.


Udang Goreng Telur Asin



  • 1 kilo udang galah atau apa-apa bersaiz besar digoreng garam kunyit
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3-6 biji telur asin diambil merahnya sahaja dikukus dan dilecek
  • 3 tangkai daun kari
  • 11 biji cili padi dihiris halus
  • 1/2 cawan susu cair
  • garam dan serbuk pati ayam
  • 3 sdb butter


Cara Menyediakannya

  1. Panaskan butter dan tumiskan cili padi
  2. Masukkan bawang putih dan biar naik aromanya.
  3. Masukkan daun kari dan biar seketika
  4. Masukkan telur asin kacau rata dan masukkan susu cair
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa
  6. Akhir sekali masukkan udang yang sudah digoreng
  7. Biar seketika dan angkat untuk dihidang


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 





1 comment:

Unknown said...

hi pn fatimah. I'm an avid follower of your blogs and recipes. I have an inquiry of a recipe of yours from the blog. I have sent an email and also left a dm on your instagram. Please reply. Thank you. :))

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...