Thursday, October 02, 2014

TALANG MASIN TUMIS DARAT


Saya belejar memakan masakan ini ketika bertugas di utara Semenanjung. Biasanya kalau majlis-majlis tahlil malah majlis perkahwinan yang menyediakan nasi putih...lauk ini memang popular sekali. Sungguh menyelerakan dan paling sedap jika dimasak dengan ikan talang asin mahupun ikan kurau. 

Resipi gulai ikan asin cara ini sesua dibuat tumis darat. Bahan-bahan sampingan seperti nenas boleh mengimbangkan dara masin dan manis dalam kari ini.




Talang Masin Tumis Darat




  • 500 g ikan talang asin direndam dahulu
  • 2 biji keledek sederhana saiz di potong 4
  • 3 biji terung hijau dibelah dua/empat
  • 1/2 biji nenas dihiris nipis
  • 2 tangkai  kacang panjang dipotong 2' panjang
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 packet rempah gulai ikan masin
  • garam secukup rasa


Bahan Tumis

  • 5 ulas bawang putih dihiris halus
  • 9 biji bawang merah dihiris halus
  • 1 sdt jintan manis
  • 3 tangkai cili kering dipotong 2" panjang
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 sdb minyak masak

Cara Menyediakannya


  1. Masukkan air, rempah kari ikan masin dan ikan talang dan keledek dalam periuk dan masak sehingga ubi agak empuk
  2. Masukkan santan dan sedikit garam.
  3. Biar seketika sehingga santan masak.
  4. Masukkan terung, nenas dan kacang panjang
  5. Perlahankan api dan renehkan seketika
  6. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.
  7. Angkat dan curahkan kedalam kuah yang direnehkan tadi
  8. Sudah siap dihidangkan


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


2 comments:

Padimas Padi said...

laaa...mana pi rempah kari ikan masin tu... masa mana masuk!!! dalam senarai bahan ada...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Rempaah dimasukkan sekali dengan ikan masin..sorry saya tercicir ni

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...