Pages

Friday, October 24, 2014

LEMPENG BAWANG NOSTALGIA


Lempeng nostalgia...favourite arwah abah...minat sungguh..lebih-lebih lagi ada kari semalam...katanya favourite Jaware..Johor..dipanggil roti bawang atau LEMPENG BAWANG....lama tak buat agak tebal sedikit..sepatutnya leper....pagi ni saya buat sambal tumis sardine...perghhh..sedap dengan kopi "o"...terkenang semasa dulu.....


Lempeng Bawang

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air atau lebih
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang besar, dihiris nipis
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • sedikit minyak untuk dileser
  • Garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Satukan semua bahan2 diatas biar sebati, masukkan garam secukup rasa, bila dah ok, rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan berukuran 8 inci, oles sedikit minyak makan dan bila panas, tuang sesenduk bancuhan lempeng tadi, ratakan dan masak dengan api perlahan hingga permukaan lempeng kelihatan kering balik2 kan
  3.  Angkat dan lakukan proses yang sama untuk baki bancuhan, buat hingga siap.


Recipe Source :- PATYKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...