Friday, October 24, 2014

ALOHA - MALASADAS HAWAII DONUT


Donut ini terkenal di Hawai dan South Pacific..ranggup di luar dan lembut di dalam..cukup sesuai buat minum petang atau sarapan pagi. Seperti donut biasa ia memerlukan waktu pemerapan lebih kurang dua jam. Bertambah sedap bila disalut dengan gula dan serbuk kayu manis.


Malasada - Hawaii Donut

  • 2 1/ 2 sdt yeast kering
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sdb gula


Satukan dan kacau sehingga gula dan yeast larut.

Biar seketika sehingga berbuih dan naik

  • 2 1/4 cawan tepung roti
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1 sdb mentega
  • 2  biji telur 
  • 1 sdt esen vanila
  • 1 sdt cuka
Cara Menyediakannya

  1. Satukan semua bahan kering 
  2. Pukul telur dan masukkan cuka dan esen vanila dalam bekas berasingan
  3. Dalam mangkok bahan kering buat lubang dan masukkan bahan yeast, pukul dengan mixer hook 
  4. Masukkan telur dan terus pukul
  5. Akhir sekali masukkan mentega.
  6. Pukul sehingga adunan menjadi elastik
  7. Oles minyak pada bekas bersih dan letak adunan yang diuli tadi
  8. Tutup dengan kain bersih dan perap selama 2 jam
  9. Selepas 2 jam tumbuk2kan adunan untuk mengeluarkan anginnya
  10. Bentukkan bulat sebesar bola ping pong, letak diatas bekas berminyak dan perap selama dua jam lagi
  11. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
  12. Angkat dan toskan minyak..kemudian salutkan dengan gula
Gula Salut
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 sdb serbuk kayu manis
  • 1 sdt garam

Gaul rata


all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...