Pages

Wednesday, October 22, 2014

PULUT UDANG/PULUT PANGGANG


Kalau disebelah utara ia lebih dikenali sebagai pulut udang kerana ada yang meletakkan isi udang hidup..tetapi disebelah selatan namanya pulut panggang. Sememangnya pulut ini perlu dipanggang setelah dimasak. 

Lebih enak jika dipanggang atas bara kayu arang tetapi kalau sudah tiada atas api biasa pun boleh. Saya bakar atas api biasa yang dilapik dengan tudung periuk. Sajian ini sesuai buat minum petang atau sarapan pagi.


Pulut Udang/Panggang

  • 1 cawan beras pulut - rendam semalaman
  • 1 cawan santan pekat
  • sedikit garam
  • Beberapa helai daun pisang - layurkan atas api, lap dan kerat ikut saiz nak balut nanti
  • Lidi - kerat 1 1/2 inci


Cara Membuat:-

Basuh beras pulut dan toskan.

Masukkan ke dalam periuk dan campurkan santan dan garam. Masak dengan api sederhana dan kacau-kacau selalu. Bila kering, biarkan pulut benar-benar masak atas api paling kecil sebentar dan sejukkan.

Ambil daun pisang yang telah dipotong selebar 1 jengkal, letak pulut atas daun pisang, letakkan inti ditengah pulut dan gulung daun pisang biar kemas.

Tekan bahagian hujung daun agar pulut kemas dan selitkan lidi. Buat hujung satu bahagian lagi. Panggang atas api sederhana dan balik-balikkan pulut selalu. 

INTI
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering 
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing-masing)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

1. Cara-cara : blender cili kering, bawang besar, serai, udang kering dan bawang dengan sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sebentar.

2.Tuang minyak ke dalam kuali yang di panaskan, masukkan adunan inti yang di blender tadi. Masukkan juga kunyit, garam, gula dan serbuk perasa.

3. Kacau hingga masak dan kering sedikit.


* Lebih sedap jika masukkan juga sedikit udang hidup kedalam bahan membuat inti.

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...