Wednesday, October 15, 2014

NASI GORENG BUTTER BLACK PEPPER BEEF.


Wujudnya Nasi Goreng untuk sarapan pagi...ialah bila ada nasi lebihan semalam. Mungkin agak berat untuk sarapan pagi..tetapi bagi yang punya perancangan untuk skip lunch maka menu breakfast sebegini memang sesuai.

Terpanggil untuk mencuba resipi ini bila melihat proram JJCM baru ni, kata pemilik restoran Nasi Goreng ini memang top di restorannya. Nasi digoreng butter seperti butter rice dan daging digoreng ala black pepper.. sedap resipi ini tetapi lebih sesuai jika dijadikan hidangan makan malam.


Nasi Goreng Black Pepper

Ingredients
  • 4 cawan nasi
  • 2 sdb mentega
  • 100 -150 g daging dihiris nipis
  • 50 bunga kobis dihiris ikut bunga
  • 1/2 cili Bengla dihiris memanjang
  • 1/2 bawang besar dibelah 4
  • 1/2 carrot dihiris nipis
  • 2 sdb lada hitam dikisar halus
  • 1/2" halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sdb minyak masak
  • garam dan perasa secukupnya
* bawang putih dan halia ditumbuk halus

Instructions
  1. Panaskan 2 sdb besar mentega, masukkan nasi sejuk gaul rata dan goreng agak2 5 minit angkat dan letak di atas pinggan
  2. Gaulkan lada hitam mesin dengan daging..perapkan seketika paling kurang 15 minit
  3. Panaskan minyak dan tumis daging sehingga berubah warna
  4. Masukkan bawang putih dan halia blend, biar seketika dan masukkan 1/2 cawan air
  5. Biar atas api sehingga daging empuk
  6. Masukkan garam dan perasa, masukkan bunga kobis, carrot, cili bangla dan bawang
  7. Angkat diletak atas nasi yang telah digoreng bersama butter.
Recipe Source :- Patyskitchen
all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...