Friday, October 10, 2014

CENCARU GORENG KERUTUP


Bila sahaja sebut kerutup..memang kita terbayangkan lauk yang berempah..macam ayam masak kerutup atau pun masak kerutup Trengganu...tetapi masak kerutup ini lain sedikit kerana ia merupakan masakan bercili. Lauk ini memang menjadi kegemaran saya dengan adik-adik. Biasanya arwah umi menggunakan ikan terubuk..., ikan terubuk dibersihkan tanpa membuat sisiknya digoreng dan disambalkan. memang sedap dan menyelerakan.

Untuk kali ini saya menggunakan ikan cencaru yang tidak kurang sedapnya. Ikan terubuk agak sukar didapti sekarang ini kalau ada pun terlalu kecil. Apa pun ikanya saambal yang menyelaputi ikan ini sesuai untuk sebarang jenis ikan. Lauk ini sedap digandingkan dengan sup atau pun masak lomak.


Cencaru Goreng Kerutup


  • 3-4 ekor ikan cencaru
  • sedikit kunyit serbuk
  • garam  dan gula secukup rasa
  • 1 sdb air asam jawa
  • minyak secukupnya


Gaul ikan dengan garam kunyit dan goreng ikan sehingga masak angkat dan ketepikan


  • 25 tangkai cili kering direndam
  • 2 ulas bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1" lengkuas


Blend semua bahan sehingga halus

Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak lebih kurang 5 sdb
  2. Tumis bahan blend sehingga garing
  3. Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  4. Biar seketika sehingga agak garing angkat dancurah atas ikan cencaru yang digoreng tadi.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


1 comment:

Wani said...

salam singgah kak

uniknya masakan ni .. boleh la nak cuba nanti.. thanks kak paty

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...